Rahasia Menuju Sukses ESQ 165 "Spesial Idul Fitri" di TVOne


Saksikan !

Dr.H.C Ary Ginanjar Agustian bersama Prof. Gumilar Rusliwa Somantri (Rektor UI) & Dr.H.C AM. Fatwa di TVOne dalam acara Rahasia Menuju Sukses ESQ 165 "Spesial Idul Fitri"

Sabtu-Minggu, 11-12 September
Pukul 19.00 WIB s/d 21.00 WIB.

Salam 165





Selasa, 13 Juli 2010

DUKUNGAN UNTUK ESQ DARI MALAYSIA TERUS MENGALIR

[lang_in]Setelah keluarnya Fatwa dari Mufti Wilayah Persekutuan dan merebaknya berita tersebut di media massa sejak minggu lalu, dukungan bagi ESQ Leadership Center terus mengalir bukan hanya dari tokoh di Indonesia namun juga dari tokoh-tokoh di Malaysia.

Selain 6 orang Mufti (Mufti Kedah, Mufti Perak, Mufti Pulau Pinang, Mufti Johor, Mufti Pahang dan Mufti Negeri Sembilan) yang sudah secara resmi memberikan pengesahan bahwa training ESQ dapat terus dilaksanakan di Wilayah mereka, berikut ini adalah dukungan dari tokoh-tokoh di Malaysia yang dimuat di berbagai media di Malaysia:

MUFTI PERAK - Tan Sri Harussani Zakaria (Sinar Harian; Metro)

Program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam. Selain tidak mempunyai unsur yang membawa kesesatan, program ini juga tidak ada kena mengena dengan fahaman liberalism dan pluralism. Menurutnya, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 16 Juni lalu memutuskan bahawa ESQ tidak bertentangan dengan akidah dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Muzakarah (Jawatankuasa) Fatwa Kebangsaan oleh mufti seluruh Malaysia telah bersidang sebanyak tiga kali bagi membincang secara terperinci program ESQ. Kita (Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan) berpuas hati dengan penjelasan (Ary Ginanjar Agustian).

PENGERUSI YAYASAN BASMI KEMIKINAN - Datuk Zainal Abidin Sakom (Sinar Harian)

Saya tidak melihat sembarang penyelewengan. Saya bimbang (kalau kalau) pengadilan terhadap perkara ini dibuat secara mengikut nafsu, bukan ilmiah. Prasangka terlalu banyak sehinggakan dakwah Islamiah ini tidak boleh bergerak daripada stail lama. Asal keluar saja stail lama ia diberi pelbagai label. Pelabelan seperti itu tidak akan memajukan Islam.

MANTAN MUFTI PERLIS - Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Sinar Harian)

Umat Islam di negeri ini agar jangan bersikap melulu mengharamkan sesuatu tanpa mencari alternatif dan jalan penyelesaiannya terlebih dahulu. Jangan Talibanisasikan (mengikut pendekatan Taliban) negara ini. Berhati-hatilah dengan pengharaman sesuatu perkara dan hak-hak rakyat. Mungkin pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada hujah-hujahnya sendiri. Tetapi kalau boleh dibaiki (ESQ) kita baikilah. Masalah-masalah teknikal ini boleh dibetulkan. Ada jalan.

MUFTI PULAU PINANG – Datuk Hassan Ahmad

Training ESQ boleh diteruskan di negeri ini dan akan dipantau oleh Panel Syariah dan Akidah yang dilantik oleh syarikat yang mengendalikan program itu. Saya pernah menyertai program tersebut pada awal tahun lalu di Jakarta dan mendapati pengisiannya tiada unsur atau fahaman liberalism dan pluralisme

MUFTI PAHANG - Datuk Abdul Rahman Osman (Sinar Harian)

Saya pernah menghadiri program ESQ di Pekan dan mendapati ia (ESQ) tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Jawatankuasa Fatwa Pahang belum ada sembarang fatwa selagi ia berlandaskan Al Quran dan Sunnah.

TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI – Datuk Mukhriz Mahathir (Sinar Harian)

Saya sebagai alumni ESQ bersetuju dengan jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang menyatakan bahawa program ESQ Leadership tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam

KETUA PANEL SYARIAH ESQ, MANTAN KETUA JAWATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA – Datuk Mustafa Abdul Rahman (New Straits Times; Metro; Sinar Harian)

Sehingga kini, Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan tidak menghalang pelaksanaan ESQ dan pelaksanaan latihan ESQ dan program yang dianjurkan di 13 negeri lain berjalan seperti biasa. Panel Syariah ESQ juga telah menghadiri dan memantau program ESQ dari semasa ke semasa. Pada masa sama, pihak panel menyemak buku ESQ Edisi Bahasa Malaysia. Selepas meneliti dan mengkaji buku dan Training ESQ, panel syariah mendapati ia tidak membawa ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam. Ia tidak membawa ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam dan tidak mendukung fahaman liberalism dan fahaman pluralism yang mengajar semua agama adalah sama. Oleh yang demikian, kami, barisan panel menyokong sepenuhnya perjalanan ESQ Training di seluruh Malaysia dan menyangkal dakwaan penyelewengan dan kesesatan oleh pihak tertentu.

Kami memandang berat dakwaan itu dan membuka ruang kepada Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat kandungan operasi ESQ. Malah pada 14 April lalu, panel Syariah ESQ bersama penggagas ESQ Training, Dr. Ary Ginanjar telah memberikan penjelasan kepada Majlis Muzakarah Khas Fatwa Kebangsaan berhubung dakwaan yang sama, namun Mufti Wilayah Persekutuan tidak hadir.

ANGGOTA PANEL SYARIAH ESQ,MANTAN MUFTI JOHOR - Datuk Hj Nooh Hj Gadot (Sinar Harian)

Ada beberapa etika sepatutnya menjadi panduan bagi seorang mufti atau ulama ketika menyatakan pandangan dalam sesuatu isu. Tugas ulama adalah berdakwah dan membimbing ke jalan yang benar dan bukannya menghukum. Sebagai ulama kita perlu tegas dalam mencari keadilan. Setiap pandangan yang disampaikan melihatkan orang awam. Jadi ulama perlu berhati-hati ketika mengeluarkan pandangannya.

MUFTI KEDAH – Datuk Muhamad Baderuddin Ahmed

Program ini (ESQ) tidak perlu diharamkan di Kedah, tetapi menghormati keputusan yang dikeluarkan MAIWP[/lang_in]

0 comments:

Posting Komentar